Menu Masakan

LAMB SHANKS
6 Pax


Bahan-bahannya:
    6 ketul daging kambing bahagian kaki
    (lamb shanks)
    Garam secukup rasa
    Lada sulah secukupnya rasa
    3-4 sudu besar minyak masak

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Lumurkan garam dan lada sulah pada daging kambing tersebut.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Tumis daging kambing tersebut selama beberapa minit sehingga warna keemasan.
  4. Angkat dan masukkan daging kambing itu ke dalam periuk dan masukkan sos perang.
  5. Didihkan daging kambing dan sos perang tersebut.
  6.  Selepas mendidih, kecikkan api dan masak sehingga 1 ½ - 2 jam atau hingga daging lembut.
 
Sos Perang  
(1/2 liter)

Bahan-bahannya:
   Tulang ayam                                         1 kg
   Bawang besar (potong secara kasar)     150 gram
   Lobak merah (potong secara kasar)      75 gram
   Saderi (potong secara kasar)                 75 gram
   Daun salam                                           1 helai
   Daun parsley                                         3 – 4 tangkai
   Tomato paste                                       2 sudu kecil
   Minyak masak                                      10 sudu besar
   Tepung gandum                                     3 sudu besar
   Air                                                        1 liter

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 350 °C – 400 °C.
  2. Bakar tulang ayam hingga warna keemasan.
  3. Sementara menunggu tulang ayam, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng semua bawang, lobak merah, dan saderi hingga warna keemasan.
  4. Apabila tulang ayam sempurna menjadi warna keemasan, masukkan kesemua sayuran ke dalam bekas bersama tulang ayam tersebut.
  5. Campurkan tepung dan bakar bersama-sama tulang dan sayuran.
  6. Masukkan tomato paste dan kacau sehingga sebati dan jangan terlalu lama bagi mengelakkan tomato paste tersebut hangus.
  7. Masukkan air, daun salam dan daun parsley kemudian didihkan bahan tersebut di atas dapur selama 2 – 3 jam. Kemudian tapis bahan tersebut dan ambil sos sahaja.