Monday 11 April 2011

Kenali 'Chef' Anda ~

Chef Halim Shah Abdullah, merupakan seorang graduan daripada Sekolah Seni Kulinari Stamford, Petaling Jaya, dalam bidang masakan Klasik Perancis. Beliau menerima pendidikan awal di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan secara professional semenjak 1991 dan telah memulakan kerjayanya di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur.  

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa hotel bertaraf 5-Bintang yang lain, antaranya;

  • The Regent Four Season Kuala Lumpur
  • The Datai Langkawi
  • Sheraton Subang Hotel & Tower
  • Lafite Restaurant, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur



Selain berkecimpung dalam bidang masakan industri perhotelan, beliau juga turut berpengalaman sebagai; 

▪ Tukang Masak Peribadi kepada Keluarga di Raja Brunei, Brunei
▪ Ketua Tukang Masak Dewan Makan Sukan Komanwel 1998, Malaysia
▪ Ketua Tukang Masak di Rangkaian Restoran Milik Keluarga di Raja Arab Saudi 

Sunday 10 April 2011

Berita baik untuk komuniti Felda Sungai Klah!

Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) Felda Sungai Klah akan mengadakan satu Program Expert Workshop iaitu Bengkel Masak-Masak pada 12hb April 2011. Bengkel ini diadakan khas untuk Penerokawati yang menetap di kawasan Felda Sungai Klah sahaja. 

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang pakar memasak atau chef yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang masakan. Bengkel ini adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Peserta yang menyertai bengkel ini akan diberi tunjuk ajar untuk menyediakan beberapa jenis masakan Western iaitu Lamb Shanks (Daging Kambing Bahagian Kaki) yang akan dihidang bersama Sos Perang, Kentang Lenyek, Tempura Sayur. Selain itu, untuk hidangan pencuci mulut pula, peserta akan diajar untuk membuat Jeli Buah²an.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel yang julung kalinya diadakan ini, sila hadirkan diri anda ke PJK Felda Sungai Klah untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya mendaftarkan diri anda di sana.

Dengan menyertai bengkel ini juga, para peserta secara tidak langsung akan mempelajari penggunaan ICT (internet), di mana setiap nota rujukan, tip & petua, maklumat terkini serta sebarang pertanyaan selepas bengkel boleh dilakukan dengan hanya melalui blog khas ini. Blog ini juga berfungsi sebagai sumber maklumat kepada peserta bengkel untuk melayari pautan-pautan lain yang berkaitan. Para peserta juga boleh berinteraksi dan bertanya dengan tenaga pakar yang dijemput menggunakan perisian serta ruangan yang disediakan, semuanya secara online.